BEGEDIL KENTANG RANGUP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 3 – 4 biji kentang – rebus empuk
  • 1 tangkai daun bawang – hiris
  • 1 sudu besar bawang goreng
  • 1 – 2 sudu besar majerin
  • Sedikit tepung gandum
  • 1 biji telur – pukul
  • 1 cawan serbuk roti
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

 

Cara Menyediakan

1.Lenyek kentang bersama majerin.

2.Masukkan daun bawang, bawang goreng, garam dan serbuk lada putih dan gaulkan ia sebati.

3.Bulatkan begedil.

4.Masukkan ia ke dalam tepung, diikuti telur dan disudahkan dengan serbuk roti.

5.Panaskan minyak dan goreng ia kekuningan.

 

Pesan Saji :

Daging kisar juga boleh dimasukkan dalam menyediakan begedil.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan