SUP CENDAWAN BERTAUHU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 1 tin cendawan butang – potong kecil
  • 1 labu bawang holland – potong kecil
  • 6 ulas bawang putih – hiris
  • 1 batang leek – potong kecil
  • 1 batang seleri – potong kecil
  • 2 liter air
  • 2 helai daun bay
  • 1 cawan krim masakan
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa
  • Sedikit serbuk stok ayam.
  • 1 biji tauhu telur – goreng

 

Cara Menyediakannya

1.Taburkan tepung jagung pada tauhu lalu digoreng kuning keemasan. Ketepikan.

2.Untuk menyediakan sup, panaskan periuk dengan sedikit majerin terlebih dahulu. Masukkan kesemua sayuran dan tumis hingga naik baunya. Tuangkan air dan masukkan daun bay.

3.Didihkan selama 30 minit atau hingga kesemua sayur menjadi lembut.

4.Keluarkan daun bay dan kisar sayuran beserta airnya sekali hingga halus.

5.Masukkan sup yang telah dikisar tadi ke dalam periuk lalu dipanaskan semula. Tuangkan krim masakan lalu dikacau sebati.

6.Akhir sekali, perasakan sup dengan garam, serbuk lada putih dan serbuk stok ayam. Hidangkan sup cendawan bersama tauhu dan dimakan panas-panas.

 

Pesan Saji :

Sup boleh dipekatkan dengan menggunakan roux. Roux adalah campuran mentega yang dicairkan lalu digaul dengan tepung gandum. Ia dimasak sebentar diatas api dan digaul sebati. Nisbah kuantiti roux adalah sama, 1 cawan mentega: 1 cawan tepung gandum.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan