SUP TOFU

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Bahan-bahan

  • 2 biji tauhu telur – potong kecil
  • Sedikit daun bawang
  • Sedikit bawang goreng

 

BAHAN SUP

  • 200 gm tulang ayam
  • 3 ulas bawang merah – kisar
  • 5 ulas bawang putih – kisar
  • 1 biji kentang – potong kiub
  • 1 biji lobak merah – potong kiub
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 5 liter air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 tangkai cili padi – ketuk
  • Sedikit daun sup
  • Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

 

Cara Menyediakan

1.Panaskan periuk dengan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik baunya.

2.Masukkan air, sup bunjut, daun sup, asam gelugur dan cili padi. Masukkan juga lobak merah dan kentang.

3.Perasakan sup dengan garam dan serbuk lada putih.

4.Untuk dihidangkan, letakkan tauhu ke dalam bekas. Tuangkan sup dan hiaskan dengan bawang goreng serta daun bawang.

 

Pesan Saji :

-Serai dan daun limau purut juga boleh dimasukkan sekiranya ingin menghasilkan sup Thai.

-Isi ayam atau makanan laut juga boleh dimasukkan.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan