BAHAN-BAHAN:
3 biji tauhu – potong dadu besar
6 ekor sotong saiz sederhana
1 batang serai
2 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil jintan manis
1 batang kulit kayu manis
2 cm lengkuas – kisar
2 biji tomato – kisar
5 ulas bawang merah – kisar
3 cm kunyit hidup – kisar
1 cawan santan cair
½ cawan santan pekat
3 sudu besar kerisik
Gula dan garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan ke semua bahan dalam periuk atau kuali kecuali kerisik, tauhu, sotong , santan pekat, gula dan garam. Apabila telah mendidih, masukkantauhu, kacau seketika.
- Apabila bahan agak mesra, masukkan santan pekat, kacau sebentar.
- Masukkan sotong dan kerisik, kacau sekata dan perasa kan gula dan garam secukupnya.