BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu – hancurkan
Isi ketam atau udang secukupnya – hancurkan
Sedikit sayur brokoli
3 ulas bawang merah – tumbuk
2 ulas bawang putih – tumbuk
Sos tiram, kicap cair dan garam secukup rasa
Kulit popia
Stok rebusan ayam secukupnya
1 biji telur – kacau
CARA MENYEDIAKAN:
- Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair dan garam.
- Selepas itu, masukkan isi ketam atau udang dan sayur brokoli. Tumis lagi sehingga layu.
- Akhir sekali masukkan tauhu yang telah dihancurkan tadi. Tutup api dan masukkan bekas.
- Ambil kulit popia, gunting panjang dan ambil inti tadi. Dibentuk bulat-bulat dan disalut dengan telur.
- Goreng hingga kuning keemasan.
- Untuk menyediakan sup, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah di cincang.
- Masukkan sos tiram, kicap dan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan stok ayam. Masak hingga mendidih. Selepas itu masukkan telur ke dalamnya dan kacau dengan cepat. Tutup api dan tuangkan sup tadi ke dalam bekas untuk dihidangkan.