TAUHU MA PO SICHUAN – STEP BY STEP

BAHAN

400 gm tauhu – potong dadu dan celur air panas

200 gm daging cincang

6 cm halia muda – hiris nipis memanjang

1 labu bawang putih – cincang

30gm sos taucu manis

100gm sos tiram

2 biji bawang besar – potong dadu

800ml  air

Sedikit serbuk lada putih

Sedikit serbuk stok ayam

Sedikit kicap cair

Sedikit cuka hitam

Sedikit serbuk lada sichuan

Sedikit tepung jagung – campur sedikit air

Sedikit garam

Minyak masak

 

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih, bawang besar, sehingga naik bau
2. Kemudian masukan daging cincang, kacau hingga daging masak dan kering.
3. Masukkan sos taucu manis, sos tiram, kicap cair, cuka hitam, serbuk lada sichuan dan air. Gaul sebati.
4. Masukkan tauhu, garam, serbuk lada putih dan stok ayam. Biarkan mendidih.
5. Setelah sebati ke semuanya, barulah masukkan bancuhan tepung jagung dengan air. Kacau sehingga kuah pekat.