BAHAN
230 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
10 gm tepung kastard
200 gm walnut
250 gm coklat cip
210 gm mentega
125 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur
CARA
- Pukul gula perang, mentega dan esen vanila sehingga kembang.
- Masukkan telur, pukul lagi hingga kembang.
- Kemudian masukkan tepung gandum, tepung jagung, tepung kastard, walnut dan coklat cip.
- Bentukan doh mengikut kreativiti anda.
- Bakar dalam ketuhar selama 18 minit pada suhu 160°C.