TAUHU LEMBUT CHOY HEONG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 pek tauhu lembut

1 sudu besar bawang cincang halus

3 ulas bawang putih cincang

 

BAHAN A:

100 gm ayam cincang

100 gm sawi jeruk – cincang

 

BAHAN B:

1 sudu kecil kicap cair

1 sudu kecil sos tiram

½ sudu kecil kicap pekat

½ sudu kecil gula

2 sudu besar minyak

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan kuali dan letakkan sedikit minyak.
  2. Masukkan bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan ayam dan sawi jeruk. Kacau sehingga masak.
  3. Setelah itu, masukkan semua kicap dan sos tiram. Masukkan sedikit air jika terlalu pekat, masak di atas api yang kecil.
  4. Kukus tauhu selama 10 minit.
  5. Kemudian angkat tauhu tadi, buangkan air yang berlebihan di dalam bekas dan letakkan di dalam pinggan. Curahkan sos yang telah dimasak tadi. Hiaskan dengan daun bawang.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan