SIAKAP KICAP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ikan siakap

20 gm salad

10 gm parseli

2 sudu besar tepung jagung

Minyak masak secukupnya

50 gm halia goreng

50 gm bawang putih goreng

 

BAHAN SOS:

2 sudu kecil gula

100 ml air

3 sudu besar kicap cair

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan ikan dan lumurkan dengan tepung jagung.
  2. Panaskan minyak dan goreng sehingga perang keemasan.
  3. Sediakan salad dan daun parseli di dalam pinggan.
  4. Untuk bahan sos, campurkan semua dan tuangkan di atas ikan yang telah digoreng.
  5. Hiaskan ikan dengan halia dan bawang goreng.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan