BAHAN-BAHAN:

1 ekor itik

500 ml air

4 ulas bawang putih – tumbuk

6 cm halia muda – tumbuk

3 sudu besar gula

2 sudu besar kicap cair

½ sudu besar sos tiram

3 sup sudu besar kicap pekat

2 sudu besar minyak masak

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Bersihkan itik dan potong mengikut kesukaan masing-masing.
  2. Panaskan minyak dan masukkan halia dan bawang putih, kacau sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan lain seperti gula, kicap dan sos tiram sehingga warna perang keemasan.
  4. Setelah itu, barulah masukkan itik, kecilkan api dan reneh selama 45 minit. Angkat dan hidangkan.