BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong
1 sudu besar tepung jagung
1 ½ sudu besar mentega
500 ml minyak masak
1 tangkai daun kari
10 tangkai cili padi
4 biji kuning telur masin
Garam dan gula secukup rasa
½ kiub pati ayam
1 sudu besar susu cair
CARA MENYEDIAKAN:
- Rebus telur masin terlebih dahulu. Ambil kuning sahaja dan hancurkan.
- Bersihkan sotong dan lumurkan dengan tepung jagung.
- Panaskan minyak, goreng sekejap sahaja. Angkat.
- Panaskan kuali, masukkan mentega, daun kari, cili padi, pati ayam, susu cair dan telur masin kuning sahaja. Kacau rata.
- Kemudian barulah masukkan sotong yang telah digoreng sebentar tadi. Gaul rata dan angkat.