SAMBAL UDANG PETE

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN –BAHAN :

500 gm udang segar – dibersihkan

2 – 3 papan petai – ambil isinya

15 sudu besar cili padi kisar – tambah lagi untuk sambal yang lebih banyak

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

1 sk belacan

1 labu bawang besar – dimayang kasar

1 sudu besar asam limau – dibancuh dengan sedikit air

Garam dan gula

Minyak masak untuk menumis

 

CARA-CARA :

Tumbuk lumat bawang merah. bawang putih dan belacan.

Kemudian campurkan dengan cili padi kisar. Boleh juga kalau dikisar bawang merah, bawang putih dan belacan bersama cili kering di dalam pengisar.

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan tumbuk/ bahan kisar hingga garing dan wangi.

Masukkan bawang besar. Biar seketika sambil dikacau-kacau.

Masukkan air asam limau, udang dan petai. Biar sehingga udang masak sepenuhnya dan petai sedikit layu.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan