BAHAN-BAHAN:
100 gm labu
100 gm keladi
100 gm lobak merah
100 gm sengkuang
100 gm saleri
50 gm bawang besar
10 gm kepingan badam goreng
BAHAN SOS:
1 sudu besar minyak masak
1/2 sudu kecil gula
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil kicap
CARA MENYEDIAKAN:
- Semua sayur-sayuran hendaklah dipotong panjang.
- Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak, masukkan bawang tunggu sehingga layu.
- Setelah itu, masukkan sayur-sayuran dan kacau rata.
- Kemudian, masukkan bahan sos. Gaul hingga sebati.
- Setelah itu, angkat dan taburkan kepingan badam di atasnya.