BAHAN-BAHAN
1 3/4 cawan serbuk badam
4 biji telur |asingkan putih dan kuning
1/2 cawan madu
1 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan loyang springform bersaiz 9″ dengan sedikit mentega. Alaskan dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Pukul telur kuning, madu, esen vanila, soda bikarbonat dan garam pada kelajuan sederhana. kemudian, tambahkan serbuk badam. Gaul sebati.
  3. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur hingga ‘soft peaks’. Kaup balik putih telur ini ke dalam adunan terdahulu sehingga sebati.
  4. Bakar kek selama 30 minit atau hingga masak. Gunakan lidi untuk memastikan bahagian tengahnya cukup masak.