BAHAN-BAHAN
5 biji telur
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanila
BAHAN B
½ cawan minyak bunga matahari
3 cawan serbuk badam
1 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu kecil serbuk cengkih
1 sudu kecil serbuk penaik
400 gm lobak merah |parut halus
1 cawan kelapa parut
½ cawan walnut atau badam cincang
½ cawan kismis
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan acuan bersaiz 10 x 10 dengan mentega.
- Kisar telur, gula dan esen vanila hingga pekat dan kembang tiga kali ganda.
- Dalam bekas lain, gabungkan bahan B dan gaul sebati. Masukkan bahan B ini ke dalam A secara kaup balik hingga rata.
- Masukkan ke dalam acuan. Masak selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.
- Sejukan kek, dan kemudian simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Hidangkan dengan krim keju.
