BAHAN-BAHAN
175 gm coklat masakan | cincang
1/2 cawan mentega tanpa garam
3/4 cawan gula
3 biji telur (saiz besar)
1/2 cawan serbuk koko
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 180°C. Sediakan loyang springform bersaiz 6 atau 7 inci. Alaskan bahagian dasarnya dengan kertas minyak. Sapukan kertas tersebut dan keliling loyang dengan mentega.
- Dalam periuk dan api sederhana, cairkan coklat bersama mentega. Kemudian masukkan gula dan garam. Kecilkan api dan kacau lebih kurang satu minit hingga gula cair.
- Ketepikan daripada dapur, kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul rata.
- Gunakan pengayak tangan (mesh hand sieve) untuk mengayak serbuk koko ke dalam adunan tadi supaya adunan tidak berketul. Pukul hingga adunan licin dan sebati.
- Curahkan ke dalam loyang springform yang telah disediakan tadi dan bakar selama 25 minit.
- Setelah masak, sejukkan lebih kurang 15 minit sebelum dihidangkan.