BAHAN-BAHAN
2 cawan gula
1 1/2 cawan minyak sayuran
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
3 cawan penuh epal hijau |kupas dan potong dadu
1 cawan kelapa parut putih
1 cawan walnut | dadu kasar
3 cawan tepung gandum | ayak
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat| ayak
1 sudu kecil garam | ayak
1 sudu kecil serbuk kayu manis | ayak
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160° Sapukan acuan saiz 10 x 10 dengan sedikit mentega dan tepung.
- Pukul telur dan minyak hingga kembang, masukkan telur satu persatu.
- Dalam mangkuk lain, satukan tepung, soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis. Masukkan campuran ini ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit.
- Tambah vanila, epal, kelapa dan walnut. Kacau sebati.
- Masukkan dalam loyang dan bakar selama satu jam hingga masak.