KEK LEMON BADAM TANPA TEPUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN

4 biji telur – asingkan
2  sudu besar perahan lemon
2 sudu besar serbuk buah pelaga
½ cawan gula – bahagi dua bahagian ( ¼ cawan setiap satu)
1 ½ cawan serbuk badam halus
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil cuka
Secubit garam

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C.  Lapiskan kertas minyak pada dasar acuan jenis springform bersaiz 9 inci. Sapukannya serta keliling acuan dengan sedikit mentega.
  2. Dalam mangkuk pengadun, pukul kuning telur bersama, perahan lemon, dan ¼ cawan gula sehingga gula hancur.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan serbuk badam, serbuk buah pelaga dan serbuk penaik. Masukkan campuran ini ke dalam adunan telur dan pukul hingga kembang. Ketepikan.
  4. Dengan pengadun eletrik, pukul putih telur bermula dengan kelajuan minima dan perlahan-lahan tingkatkan kelajuannya. Apabila buih mula kelihatan, masukkan secubit garam dan cuka.
  5. Dan apabila adunan mula bewarna putih, taburkan ¼ cawan gula lagi sedikit demi sedikit dan putar hingga soft peak.
  6. Masukkan adunan putih telur ini ke dalam adunan satu lagi sedikit demi sedikit. Kaup balikkan perlahan-lahan.
  7. Masukkan ke dalam acuan springform dan bakar dalam ketuhar selama 35 minit hingga masak.

 

PESAN SAJI

Untuk langkah 4, pastikan pengadun eletrik (mangkuk adunan dan pemutar) yang digunakan benar-benar kering dan bersih.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan