BAHAN-BAHAN
3 sudu besar mentega tanpa garam
175 gm coklat gelap (bittersweet) | cincang
6 biji telur | asingkan
1 cawan gula |bahagi dua
3 sudu besar serbuk kopi segera
1/4 sudu kecil garam
1 sudu besar esen vanilla
CARA MENYEDIAKAN
- Panaskan ketuhar pada suhu 160°C. Sapukan acuan springform bulat bersaiz 9″ dengan sedikit mentega.
- Dengan teknik ‘double boiler’, cairkan coklat bersama mentega. Ketepikan.
- Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pucat. Kemudian masukkan serbuk kopi segera dan garam. Pukul lagi hingga kembang dan tambahkan esen vanila serta coklat. Pukul sebati.
- Dalam mangkuk lain , pukul telur putih hingga berbuih. Tambah gula perlahan-lahan dan pukul lagi hingga ‘soft-peak’.
- Sedikit demi sedikit kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan coklat kopi hingga sebati.
- Bakar selama 40 minit atau hingga masak. Kek ini enak jika dihidangkan bersama coklat cair.