BAHAN-BAHAN:
1 paket tauhu
1 labu bawang besar – belah 4
30 gm cili padi – hiris halus
30 gm halia muda – cincang
50 gm taucu halus
30 gm sos tiram
30 gm sos cili
30 gm kicap cair
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan air dala kukusan dan kukus tauhu selama 10 minit.
- Kemudian tumiskan semua bahan tadi, serta perasa mengikut rasa anda.
- Setelah tauhu masak letakkan ke dalam pinggan dan tuang sos yang telah siap tadi.
PESAN SAJI: Kalau suka pedas boleh lebihkan cili, untuk lebih sedap hidangkan sewaktu panas bersama nasi.