Oleh: Noor Joha Ahmad

Kalau di negara kita popular dengan tahu sumbat, tetapi tidak di negara jiran, Indonesia. Di sana tauhu sumbatnya digoreng bersalut bancuhan tepung gandum.

Nama standardnya tauhu isi, dan ada juga sesetengah daerah menamakannya tauhu berontak, tauhu bunting, tauhu susur dan tauhu sumpel.

Tauhu isi ada pelbagai jenis, biasa yang dijual di pasar, warung ataupun gerai ialah jenis tauhu isi sayuran. Sayuran yang digunakan ialah campuran lobak merah dan tauge. Setelah ia disumbat dalam tauhu, ia dicelup dalam bancuhan tepung gandum dicampurkan sedikit tepung jagung, buah keras dan telur.

Kemudian tauhu isi digoreng hingga garing. Ia biasanya dimakan dengan memamah cili padi yang disediakan. Selain itu ia juga boleh dimakan dengan kuahkicap dan cili.

Namun sekarang ini tauhu isi telah dipelbagaikan. Selain sayuran, ia tersedia dengan isi seperti daging bakso, makanan laut danudang.

Tauhu isi dijual oleh peniaga secara kecil-kecil bermula pada pagi hingga petang sahaja.

Sekarang ini ada banyak kedai makan dan penjual gorengan di kawasan yang diduduki masyarakat Indonesia menjual tauhu isi.

Selain tauhu isi, di Indonesia juga terkenal dengan beberapa jenis tauhu lain seperti tauhu Sumedang. Tauhu Sumedang yang berasal dari Sumendang, Jawa Barat sejak 1917 lagi oleh tauke berbangsa Cina, Bungkeng.

Tauhu Sumedang

Tauhu gejrot, sejenis tauhu yang popular dari Cirebon, dan ia dimakan dengan sos cili. Tauhu tauge pula sejenis tauhu goreng yang dicampur bersama tauge.

Tauhu bulat dari Tasik Malaya adalah salah satu tauhu yang popular. Ia berbentuk bulat seperti bebola dan digoreng.

Tauhu Bulat

Semua jenis tauhu-tauhu ini ada keistimewaannya tersendiri, tergantung kepada kualiti pembuatan tauhu itu sendiri mengikut daerah masing-masing.

Sumber foto : Google