BAHAN-BAHAN
3 biji tauhu – goreng
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
Bahan Inti
100 gm isi ayam – cincang
2 sudu besar bawang goreng
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun sup & daun bawang
2 sudu besar sos tiram
Garam
Lada sulah
2 sudu besar minyak masak
CARA MENYEDIAKAN
- Terbalikkan kulit tauhu dan goreng semula hingga garing.
- Untuk membuat intinya, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan sos tiram dan isi ayam, kacau hingga masak.
- Masukkan isi tauhu yang dilenyek, bawang goreng dan daun bawang dan daun sup.
- Kacau sebati, perasakan dengan garam dan lada sulah dan tutup api. Sudukan inti ke dalam kulit tauhu dan hidangkan.