BAHAN-BAHAN
10 keping kulit wantan
Minyak masak
INTI
100 gm isi udang – cincang
1 biji tauhu lembut – dihancurkan
1 tangkai cili merah – hiris
2 ulas bawang putih
2 sudu besar daun sup – diracik halus
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
Lada sulah secukup rasa
2 sudu besar minyak
CARA MENYEDIAKAN
- Goreng kulit wantan di dalam minyak yang banyak. Untuk membentuk bakul, tekan bahagian tengah kulit wantan di dalam minyak.
- Untuk inti pula, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan udang dan sos tiram berserta cili merah.
- Kacau hingga masak dan masukkan tauhu yang dilenyek, masak hingga agak kering dan masukkan daun sup, perisakan dengan lada sulah dan kicap cair.
- Sudukan inti ke dalam bakul wantan dan hidangkan.