BAHAN-BAHAN:
3 keping tauhu – belah 4
100 gm tepung gandum
3 sudu kecil serbuk penaik
50 gm tepung jagung
Sedikit air
Sos Thai – untuk cicah
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong tauhu, kemudian campurkan tepung gandum, serbuk penaik, tepung jagung dan bancuh dengan air sedikit demi sedikit. Tidak terlalu pekat dan cair.
- Panaskan minyak untuk menggoreng.
- Setelah itu, masukkan tauhu dalam bancuhan tadi. Goreng hingga warna keemasan. Hidangkan bersama sos Thai.
PESAN SAJI: Boleh dihidangkan sebagai pembuka selera atau minum petang.