BAHAN-BAHAN:
2 biji tauhu jepun
1 labu bawang besar – belah 4
1 biji lada benggala hijau
5 kuntum cendawan hitam
½ batang lobak merah
Sos sizzling secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Goreng sebentar tauhu jepun yang telah dipotong.
- Kemudian tumiskan semua bahan tadi serta masukkan sos sizzling.
- Panaskan seketika dan masukkan tauhu.
- Akhir sekali tuangkan ke dalam ‘plate sizzling’ yang telah dipanaskan terus dihidangkan bersama nasi.
PESAN SAJI: Jangan tumis bahan-bahan tadi terlalu lama anggaran dalam 30 saat sahaja bagi mengekalkan kerangupan sayuran itu.