BAHAN

3 ketul tauhu telur Jepun – potong enam bahagian

80 gm ayam kisar

80 gm sayur campur

5 gm lada sulah

5 gm kicap pekat

5 gm garam

Minyak masak

 

CARA

  1. Panaskan minyak, masukkan tauhu. Goreng hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk, masukkan ayam kisar.
  3. Diikuti sayur campur, kicap pekat, garam dan lada sulah. Kacau sebati.
  4. Apabila kuah telah pekat, tuangkan di atas tauhu. Hidangkan.