BAHAN
800 gm ikan jenahak – potong kecil
150 ml minyak masak
15 gm daun limau nipis – carik
100 gm tepung ubi
10 gm garam
15 gm gula
BAHAN KISAR
350 gm cili merah
100 gm bawang putih
50 gm bawang merah
CARA
- Ikan yang telah dibersihkan, disalut dengan tepung ubi. Goreng sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Panaskan kuali, tumis bahan kisar sehingga wangi dan pecah minyak.
- Masukkan daun limau nipis, garam dan gula. Kacau sebati sehingga masak.
- Kemudian, tuangkan di atas ikan jenahak yang telah siap digoreng tadi. Hidangkan.