ACAR NYONYA

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

300 gm timun – potong memanjang

250 gm lobak merah – potong memanjang

100 gm kacang panjang – potong memanjang

300 gm kubis – potong halus

100 gm kacang – sangai dan tumbuk

50 gm bijan – sangai

100 ml cuka

200 gm gula

15 gm garam

20 ml minyak masak

 

BAHAN KISAR

400 gm bawang merah

50 gm cili kering

50 gm serai

30 gm lengkuas

50 gm kunyit

30 gm buah keras

20 gm pes udang kering

 

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan cuka, garam dan gula. Biarkan mendidih.
  3. Kemudian, masukkan timun, lobak merah, kacang panjang, kubis dan separuh kacang tumbuk serta bijan. Gaul sebati.
  4. Angkat dan tabur baki kacang dan bijan di atasnya.

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan