- Kek atau biskut akan rasa lebih sedap, jika menggunakan mentega tulen kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
- Penggunaan lepa susu pula, akan menghasilkan tekstur kek yang kurang padat dan kurang lembap.
- Jangan sesekali mengadun mentega yang masih sejuk beku. Hasil biskut atau kek tidak akan cantik. Sebaiknya biarkan ia pada suhu bilik.
- Simpan lebihan mentega menggunakan bekas tertutup atau aluminium foil untuk menjaga kualiti.
- Mentega tanpa garam tidak akan tahan lama berbanding mentega bergaram.
- Mentega bergaram kebiasaannya boleh tahan lama, jika betul cara penyimpanannya. Tetapi mudah berkulat jika sedikit tercemar.
- Potong mentega dalam bentuk dadu ia akan cepat lembut.
- Sekiranya mencairkan mentega menggunakan gelombang ketuhar, gunakan haba sederhana.
- Â Jika membuat biskut, jangan pukul mentega terlalu lama, adunan akan lembut dan mengembang ketika proses membakar.
- Jika membuat kek, pastikan mentega jangan terlalu lembik, teksturnya akan berminyak serta kek tidak akan gebu. Biarkan ia pada  suhu bilik.