BAHAN DOH
240 gm mentega
170 gm gula aising
40 gm serbuk badam
80 gm telur
1 sudu kecil esen vanila
4 gm garam
420 gm tepung pastri
BAHAN KRIM
300 gm susu segar
100 gm gula
30 gm tepung jagung
4 gm garam
80 gm kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
CARA MENYEDIAKAN
- Sediakan doh dahulu dengan memukul mentega, garam, esen vanila serta gula sehingga gebu.
- Masukkan telur dan pukul lagi, kemudian masukkan tepung dan serbuk badam.
- Adunan doh menjadi sebati dan bungkus dengan plastik dan masukkan dalam peti sejuk selama dua jam.
- Setelah dua jam, keluarkan dan gelek doh menjadi 3 mm dan masukkan dalam acuan. Bakar selama 13 minit.
- Untuk menyediakan isian krimnya, satukan kuning telur, garam, esen vanilla dan tepung jagung. Kacau sebati.
- Didihkan susu segar dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam adunan krim dan kacau sebati sehingga adunan tidak bergentel.
- Sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam.
- Â Sudukan krim ke dalam acuan dan hiaskan dengan buah-buahan.