MAKARON BERI

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN MAKARON

150 gm gula aising

150 gm serbuk almond

Setitik pewarna

55 gm putih telur (A)

38 ml air

150 gm gula

55 gm putih telur(B)

 

BAHAN GANACHE

120 ml krim

140 gm santan

Secubit garam

400 gm coklat perang

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Satukan gula aising dengan serbuk almond. Ketepikan.
  2. Satukan putih telur (A) dengan pewarna dan satukan dengan bahan nombor 1. Gaul sebati.
  3. Dalam periuk satukan gula dengan air dan masak sehingga gula cair. Suhu kepanasan air gula hendaklah mencapai 118 selsius.
  4. Pukul putihtelur (B) hingga gebu dan tuangkan air gula.
  5. Kemudian satukan dengan bahan nombor 2, dan gaul sebati.
  6. Masukkan adunan dalam beg paip dan paipkan atas kertas surih. Bakar pada suhu 150 selsius selama 20 minit.
  7. Untuk menyediakan ganache: Satukan krim, santan dan garam, didihkan sebentar. Kemudian matikan api dan masukkan coklat. Kacau sehingga coklat cair.Jika suka, anda juga boleh campurkan beberapa sudu mentega kacang dalam adunan ini.
  8. Setelah makaron masak, sapukan ganache dan hiaskan dengan beri.

 

.

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan