BAHAN TAT:

160 gm marjerin

50 gm gula aising

1 telur gred C

1 sudu kecil esen vanila

250 gm tepung gandum

50 gm isi labu – rebus& lenyek halus

 

CARA:

  1. Pukul sekejap marjerin dan gula aising.
  2. Masukkan telur, esen vanila dan labu pukul dengan senduk hingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan uli hingga jadi doh. Sekiranya doh lembik tambahkan sedikit lagi tepung. Masukkan tepung sedikit demi sedikit apabila ia hampir hendak menjadi doh. Terus letak tepung mungkin akan menyebabkan doh anda menjadi agak keras.
  4. Tekan doh pada acuan tat, jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal.
  5. Cocok sedikit permukaan doh pada acuan dengan garpu.
  6. Bakar dengan suhu 170 hingga 180⁰C selama 25 minit.
  7. Apabila suam keluarkan dari acuan.

 

BAHAN INTI:

50 gm asam manis ( kepingan bulat warna merah)

150 gm strawberi kering

1 sudu besar putih telor

Coklat putih

Gula hiasan

 

CARA:

  1. Campur bahan-bahan tadi di dalam mangkuk, kacau rata.
  2. Kemudian gaulkan dengan putih telor, masuk ke dalam mangkuk tat dan bakar selama 2 hingga 3 minit api, kemudian angkat setelah sejuk letakan coklat putih hiaskan dengan gula- gula.

GAMBAR : TAT PERISA LABU MASAM MANIS SEBELAH KANAN