BAHAN A

3 kuntum bunga lawang

3 cm  halia – hiris tipis

1 ulas  bawang merah – cincang halus

3 ulas bawang putih – cincang halus

 

BAHAN B

800 gm isi ayam – potong sederhana besar

2 biji kentang – potong empat

 

BAHAN C

1 sudu kecil  serbuk lada putih

2 sudu besar  sos tiram

5 sudu besar  kicap pekat manis

2 sudu besar  cuka

Garam secukupnya

 

Bahan D

1 cawan air panas

1 tangkai  cili merah

Minyak

 

 CARA

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan A, tumis hingga naik bau.

 

  1. Masukkan ayam. Masak hingga ayam separuh masak, gaulkan sedikit. Masukkan kentang . Masak hingga ayam dan kentang kerperang-perangan sedikit.

 

  1. Kemudian, masukkan semua bahan C, gaul rata. Masak lagi sebentar dan gaul jangan sampai hangus.

 

  1. Masukkan air panas. Gaul sedikit dan biarkan hingga ayam dan kentang menjadi empuk & kuahnya pekat sedikit.

 

  1. Akhir sekali, masukkan cili merah.