BAHAN
6 biji terung pendek
2 biji telur
Garam secukupnya
CARA
- Cuci bersih terung, jangan buang tangkainya. Masukkan dalam periuk dam rebus hingga lembut dan warnanya bertukar menjadi coklat. Buangkan airnya dan biarkan sejuk sebentar. Kupas kulitnya dan lenyekkan guna garfu.
- Dalam mangkuk, masukkan telur dan garam. Pukul hingga sebati.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Celupkan terung tadi dalam telur dan goreng hingga bertukar warna keemasan dan rangup.