BAHAN TART:

250 gm tepung gandum

120 gm mentega

40 gm gula aising

1 biji kuning telur

 

BAHAN INTI:

250 gm mentega tanpa garam

1 cawan gula halus

1 biji kuning telur

1 sudu kecil esen vanila

3 sudu kecil serbuk koko

1 1/2 cawan tepung jagung

1 1/2 cawan tepung ubi

4 sudu besar susu tepung

1 1/2 cawan tepung gandum

Secubit garam

 

CARA:

  1. Pukul sebentar dan gula aising, masukkan kuning telur. Pukul sekadar meratakan adunan saja.
  1. Masukkan tepung gandum, uli guna tangan sehingga doh tidak lekat pada tangan.
  2. Ambil sedikit doh, tekan ke dalam acuan tart (jangan terlalu tebal). Potong lebihan supaya kemas. Cucuk sedikit menggunakan garpu pada permukaan kulit tart.Bakar pada suhu 110°C selama 20 hingga 25 minit.
  3. UNTUK INTI : Satukan bahan tepung dan ayak.
  4. Dalam mixer, putar mentega dan gula hingga kembang.
  5. Tambahkan telur dan esen vanila dan putar hingga pucat.
  6. Masukkan tepung sedikit-demi sedikit, koko dan gaul dengan senduk kayu atau spatula hingga menjadi doh yang lembut.
  7. Tepung jangan masuk semua, masuk sikit-sikit hingga adunan lembut dan boleh ditekan dalam acuan kulit tat.
  8. Panaskan ketuhar pada suhu 150⁰C.
  9. Sediakan loyang pembakar dan alas dengan kertas minyak.
  10. Masukkan doh dalam beg paip dan paip kan ke dalam kulit tat.
  11. Bakar selama 15 hingga 20 minit.
  12. Sejukkan atas redai setelah masak.  Masukkan sedikit coklat putih, hiaskan gula bentuk hati dan bunga aising.

PERHATIAN : GAMBAR TAT UNTAIAN KASIH SEBELAH KIRI