BAHAN A:
380 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
-Satukan semua bahan di atas kemudian di ayak
50 gm serbuk badam – bakar sekejap dalam 5 minit suhu 160⁰C
Bahan B
250 gm mentega
1 biji telur
220 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
CARA:
- Dalam mesin pemutar, putarkan gula dan mentega hingga lembut.
- Masukkan esen vanila dan telur, putar hingga bertukar warnanya.
- Masukkan bahan tepung yang telah di ayak.
- Kemudian masukkan serbuk badam.
- Gaul rata dan uli hingga doh tidak melekat di tangan
- Bulat-bulatkan doh sebesar guli. Anggaran setiap doh seberat 10 gm.
- Susun di dalam acuan pembakar .
- Kemudian bakar di dalam ketuhar yang kita dah panaskan 15 minit awal dengan suhu 170⁰C. Bakar selama 10 minit.
- Selepas masak angkat dan tekan-tekan dengan kayu yang bulat hujungnya untuk membentuk lubang. Buat cepat-cepat dan ketika dia masih panas.
- Lubang-lubangkan sampai habis.
- Kemudian masukkan semula di dalam ketuhar dan bakar semula pada suhu yang sama selama 5 minit sahaja kemudian paip kan coklat kacang nutella ke dalam bekas tersebut. Hiaskan dengan bunga aising.
PERHATIAN : PERIOK COKLAT ROHANA MEMPUNYAI BUNGA PUTIH DI ATASNYA