BAHAN:

2 mangkuk coco crunch

300 gm coklat masakan

1 sudu kecil gula aising

1 sudu kecil shortening

100 gm badam hiris – dipanggang/bakar hingga rangup

Sedikit coklat putih – hiasan

Manik gula-gula

 

CARA:

  1. Cairkan coklat secara double-boiler hingga cair, kemudian masukkan gula aising dan shortening. Kacau sebati.
  2. Masukkan coco crunch dan badam, gaul sekata.
  3. Kemudian sudu kan ke dalam bekas tat.
  4. Lorek kan dengan coklat putih yang dicairkan secara double-boiler.
  5. Letakan manik gula-gula.