BAHAN A
380 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk penaik
-Satukan semua bahan di atas kemudian di ayak
50 gm serbuk badam -bakar sekejap dalam 5 minit pada suhu 160⁰C
BAHAN B:
250 gm mentega
1 biji telur
220 gm gula halus
1 sudu kecil esen vanila
200 gm badam disangai
CARA:
- Dalam mixer, putarkan gula dan mentega hingga lembut.
- Masukkan esen vanila, telur dan putar hingga bertukar warnanya.
- Masukkan bahan tepung yang telah di ayak. Kemudian masukkan serbuk badam.
- Gaul rata dan uli hingga doh tidak melekat di tangan.
- Bulat-bulatkan doh sebesar guli. Anggaran setiap doh seberat 10 gm.
- Susun di dalam acuan pembakar .
- Kemudian bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan 15 minit awal dengan suhu 170⁰C. Bakar selama 10 minit.
- Selepas masak angkat, tekan-tekan dengan kayu yang bulat hujungnya untuk membentuk lubang. Buat cepat-cepat dan ketika dia masih panas, lubang-lubangkan sampai habis.
- Masukkan semula di dalam ketuhar dan bakar semula pada suhu yang sama selama 5 minit sahaja kemudian masukan badam paipkan kan coklat ke dalam periuk dan hiaskan dengan gula-gula hiasan.
PERHATIAN : GAMBAR PERIOK BADAM ROHANA YANG DIHIASI GULA-GULA BERWARNA WARNI