Jika anda yang ingin merasai suasana berbuka puasa dengan tradisi keunikan juadah negeri Cik Siti Wan Kembang, bolehlah berkunjung ke Holiday Villa Hotel & Suites, Kota Bharu, Kelantan. Bertemakan menu Tradisi Nostalgia, akan membawa anda kembali mengimbau keunikan serta keenakan hidangan tradisi bonda tersayang.
Bermula dari 18 Mei hingga 14 Mei Jun 2018, kunjungi Lagenda Restaurant Holiday Villa, Kota Bharu, berbuka dan nikmati menu istimewa yang disediakan sepanjang Bufet Ramadan antaranya sup gearbox dan kuzi rusuk kambing bersama roti pita yang akan dihidangkan bersama dengan 98 jenis hidangan tradisi nostalgia Kelantan yang akan bertukar menu pada setiap hari. Beraneka juadah kuih-muih tradisi Kelantan turut dihidangkan antaranya, cek mek molek dan jala mas beserta pencuci mulut seperti aiskrim kelapa dan cincau karamel dan ais cendol. Jangan lupa merasai keenakan serta keunikan ayam bakar perapan tradisi Kelantan yang dibakar secara live.
Chef Eksekutifnya, Norhisyam Mustapha berkata, sebanyak 98 jenis hidangan tradisi negeri Cik Siti Wan Kembang akan menemui pelanggan sepanjang bulan Ramadan ini. Menurutnya, untuk Ramadan kali ini, pihaknya lebih mengutamakan menu utama yang menyediakan minimum 10 hidangan selain membuka lima buah gerai makanan ringan termasuk colek.
“Antara menu utama yang disediakan adalah ayam bakar perapan tradisi Kelantan, sup gear box, kuzi rusuk kambing bersama roti pita, ikan singgang, masak tempoyak dan banyak lagi.
Istimewa seperti tahun lepas, jualan ‘food pax’ pandu lalu dan penghantaran terus kepada anda dengan minimum 10 bungkusan nasi berlauk dijual dengan harga RM10 sebungkus. Bagi pembelian 100 bungkus ke atas perkhidmatan penghantaran percuma. Selesai berbuka dan menunaikan solat, anda boleh ‘singgah colek bazar’ yang terletak di hadapan parkir hotel dengan menyediakan pelbagai jenis colek tradisi Kelantan. Colek tradisi Kelantan : Colek buah, live pan-fried (Amlek Sekaya, Amlek Savory, Kebab Grill, Amlek Sardines, Amlek Cristo) , live deep-fried (Bebola celup goring, rojak celup tepung, cucur celup tepung, keropok & ikan celup tepung) dan teh Tarik pada harga RM18 bersih seorang (9 malam – 11 malam), sambil bersantai menikmati kerancakan malam di Wakaf Che Yeh. Tidak ketinggalan Sahur Santapan Tradisi RM25 bersih (Dewasa) / RM12 bersih (Kanak-kanak) dari 4:30 petang hingga 5:30 pagi
Harga: RM59 bersih (Dewasa) RM28 bersih (Kanak-kanak)
RM64 bersih (Dewasa) RM32 bersih (Kanak-kanak) – hari minggu
RM45 bersih (Dewasa) RM23 bersih (Kanak-kanak) – early bird
Jadi apa tunggu lagi, ayuh kita merasai hidangan tradisi nostalgia yang pastinya akan menambat deria rasa anda. Hubungi 09-7474004 untuk tempahan.