Symphony by Chef Jo Jual Pengalaman?

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

Namanya cukup besar dalam industri kulinari negara dan amat disegani di kalangan cef-cef. Pengalamannya lebih dari 43 tahun menceburkan diri dalam dunia masakan, telah membawa Cef Johari Edrus, 62, yang lebih mesra dengan panggilan Cef Jo atau Papa Jo, ke seluruh pelosok dunia. Kebolehan serta bakat luar biasanya dalam dunia masakan tidak dinafikan, sehingga dia pernah dinobatkan sebagai pakar masakan dalam pelbagai acara antaranya di WorldSkill Competition (Skill Olympic) di London pada tahun 2011 dan Culinary for the 7th ASEAN Skill Competition pada tahun 2008.

Hari ini, Cef Jo telah merealisasikan impiannya selama ini dengan mengusahakan restoran Symphony by Chef Jo, dengan harapan empayar makanan yang dibina ini, menjadi medium untuk dia terus berkarya di masa akan datang. Restoran bertaraf lima bintang ini beroperasi di  Damansara City Mall, yang terletak di Damansara. Krew Saji Singgah telah pun merasai airtangan Cef Jo, ternyata hidangan yang disajikan di restoran ini cukup hebat dan bukannya biasa-biasa.

Memang benar, karakternya kelihatan serius. Tetapi sebenarnya, orangnya cukup ‘humble’, tutur katanya lembut dan senang bila diajak berbual

Restoran yang berkonsepkan dapur terbuka ini menghidangkan menu moden eclectic iaitu gabungan menu dari pelbagai negara kemudiannya disatukan menjadi satu hidangan yang cukup enak.

Restoran ini boleh memuatkan 180 orang pelanggan di dalam satu masa dan beroperasi bermula dari 12 tengah hari sehingga 10.00 malam pada setiap hari.

 

Melangkah masuk ke dalam restoran ini, boleh diibaratkan seperti menjejak dunia masakan Cef Jo tersendiri. Lihat sahaja, kreativiti yang diterjemahkan dalam realiti kehidupan yang nyata mendamaikan. Dari seni atur, dekorasi dan susun letak hiasan di restoran ini, ternyata Cef Jo seorang yang kreatif. Di setiap meja akan dihiasi dengan rempah empat sekawan seperti bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis yang pastinya akan mengeluarkan aroma tersendiri yang mampu menarik perhatian sesiapa sahaja.

Cef Jo yang berpengalaman dalam masakan Perancis berpendapat, untuk menghasilkan hidangan yang hebat perlu ada seni, rasa dan jiwa di situ.

“Di sinilah dapur, di sinilah anda akan dijamu dengan hidangan air tangan Cef Jo.  Segala-galanya di sini,” kata Cef Jo

SELERA MODEN ELECTIC

Inilah sebahagian hidangan yang kami cuba. Bayangkan tiada satu menu yang disajikan pada kami yang tidak menepati cita rasa. Olahan resipi yang terbaik mengikut tekak rasa orang Asia. Anda kena cuba..!

PASTA MAKANAN LAUT COKLAT PEDAS
LAMB MERGUEZ & ROSCHTI

Enaknya Lamb Merguez iaitu sosej yang diperbuat dari daging kambing yang kemudiannya disumbat ke dalam usus kambing dan digaulkan dengan rempah ratus. Rasanya sedikit pedas, hidangan ini merupakan masakan dari Afrika Utara dan popular juga di Timur Tengah dan negara Eropah.

PITZAAL MA-PO TOFU DAN DADA ITIK SALAI

Untuk pencuci mulut, kami mencuba Tapai Gelato. Woww…!! memang terangkat…

Tapai Gelato

Apa yang dilihat di restorannya ini, adalah hasil dari pengalamannya. Di sebabkan itu juga, Cef Jo sering berkata di Symphony dia tidak menjual makanan mahupun minuman sebaliknya dia menjual pengalamannya di sini.

 

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan