BAHAN PASTRI
250 gm tepung gandum – ayak
150 gm mentega
Air secukupnya
Secubit garam
BAHAN-BAHAN INTI :
3 sudu besar minyak zaitun
1 labu bawang besar – potong kiub
3 biji tomato ceri – dibelah dua
60 gm ikan salmon – potong kecil, buang tulang & cuci – tos
60 gm udang segar – potong kecil & cuci – tos
100 gm keju mozarela /parmesan – parut
3 biji telur
200 gm susu segar
150 gm krim putar UHT
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan tepung gandum dan mentega dalam mangkuk, gaul sehingga menjadi serbuk roti.
- Campurkan air dan garam, tambahkan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
- Bungkuskan doh dengan plastik, simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
- Keluarkan doh dan canai di antara dua keping plastik setebal 3mm.
- Lapik pastri ke dalam loyang yang telah di gris dan cucukkan dengan garpu pada keseluruhan pastri. Sejukkan didalam peti sejuk selama 20 minit.
- Keluarkan pastri, alas keseluruhan pastri dengan kertas aluminium dan isikan dengan kacang hijau, supaya pastri tidak menggelembung apabila dibakar.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180⁰C selama 20 minit.
- Keluarkan pastri, buang kertas aluminium dan kacang hijau, bakar lagi selama 8 minit. Angkat dan sejukkan sekejap sebelum dimasukkan inti.
- Untuk inti: Panaskan minyak zaitun, tumis bawang besar sehingga harum dan keperang-perangan, masukkan ikan salmon dan udang. Tumis hingga masak.
- Letak dan ratakan bawang dalam kulit pastri yang telah disediakan.
- Masukkan inti yang telah siap dimasak, taburkan tomato ceri dan keju mozarela di atas permukaannya.
- Dalam mangkuk berlainan, pukul telur, susu segar,krim putar, garam dan lada sulah. Tuang ke dalam kulit pastri.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan dengan suhu 180⁰C selama 35 minit atau sehingga masak. Angkat dan hidangkan.