BAHAN-BAHAN:
4 keping ikan tenggiri
BAHAN PERAP
2 sudu kecil air limau nipis
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang kunyit-tumbuk lumat
BAHAN A
Minyak untuk menggoreng dan menumis secukupnya
1 batang serai – ketuk
Garam dan gula pasir – secukup rasa
BAHAN KISAR
10 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
2 cm halia
CARA MENYEDIAKAN:
- Campur ikan dengan garam, air limau nipis, serai dan serbuk kunyit. Perap selama 30 minit.
- Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak dan angkat.
- Tumis bahan kisar dan serai hingga harum.
- Tuang sedikit air, masukkan ikan yang telah digoreng.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.