SWEET TOOTH? – JOM GULA PETITE

SWEET TOOTH?

Lihat sahaja foto yang SAJI kongsikan ini, pasti menggamit rasa untuk turut mencuba kan?

Terliur saat mata dijamu dengan seleksi kek yang tersusun indah di Gula Petite. Baru sahaja membuka cawangan di IOI City Mall Putrajaya pada 30 April lepas, Gula Petite dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif TERAJU, Dato’ Husni Salleh. Cawangan pertama, Gula Cakery dibuka pada September 2015 di Kota Kemuning.

Apa yang menarik, Gula Petite menyediakan lebih 13 jenis kek setiap hari untuk memberikan kepelbagaian kepada pelanggan.

Tidak perlu membuat pilihan kerana kesemua kek yang ditawarkan punya keunikan tersendiri, namun antara yang menjadi signature adalah kek Pandan Gula Melaka, kek Double Chocolate Nutella, Pavlova, dan Choux Pastries.

Malah pemiliknya, Nor Arieni Adriena binti Moh Ritzal turut berbesar hati untuk berkongsi resepi rahsia keenakan keknya menerusi Buku Nota Resepi pada harga RM85.00.

Owh, bagi yang ada anak kecil, ada ruangan kecil untuk si manja anda beraktiviti. Menarik kan?