BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam
3 cm halia – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
6 ulas bawang merah – hiris
10 tangkai cili merah – buang biji dan kisar
Lada benggala merah & hijau
BAHAN SOS:
3 sudu besar cili
4 sudu besar sos tiram
4 sudu besar gula
1 sudu kecil kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar lada hitam
CARA MENYEDIAKAN:
- Bersihkan ketam dan potong dua.
- Panaskan minyak masak dan tumiskan halia, bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan cili yang dikisar dan goreng selama dua
- Masukkan ketam dan kacau rata. tutup kuali selama lima minit dan buka semula baru masukkan bahan sos.
- Apabila ketam bertukar warna, masukkan lada benggala yang telah dihiris. Gaul sebati.
