DAGING GORENG BERKICAP

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

400 gram daging batang pinang – hiris nipis

3 sudu besar kicap manis

1 sudu besar kicap pekat

1 labu bawang besar – tumbuk

4 cm halia – tumbuk

3 ulas bawang putih – tumbuk

2 sudu besar cili kisar

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

1/2 cawan air

Sedikit minyak untuk menumis

1/2 labu bawang besar – potong

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang, kemudian bahan tumbuk   dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.
  2. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat, selepas itu masukkan daging dan air.
  3. Masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air.
  4. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu. Biarkan agak kering sedikit.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan