BAHAN-BAHAN:
¼ cawan minyak jagung
2 cawan isi labu yang sudah di stim
1 cawan gula perang
1 cawan susu pekat manis
½ cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil garam
½ sudu kecil serbuk bikabonat
2 sudu besar serbuk kulit kayu manis
Sedikit hirisan strawberi untuk hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 230⁰C.
- Masukan gula, telur, gula, susu pekat manis dan pukul hingga kembang.
- Kemudian masukan tepung yang sudah dicampur dengan serbuk kayu manis, serbuk bikabonat, garam dan seterusnya masukkan sikit demi sedikit ke dalam adunan dan pukul hingga semua bahan sebati.
- Selepas itu, masukan isi labu serta esen vanilla dan kacau hingga rata.
- Akhir sekali, masukan ke dalam loyang yang sudah digris dengan minyak dan bakar selama 40 minit sehingga masak.
- Kek boleh di hias dengan hirisan strawberi sebelum dihidang.