BAHAN-BAHAN:
175 gm tepung suji
200 ml santan pekat
675 ml air
150 gula kastor
1 sudu besar minyak sapi
½ sudu kecil garam
Sedikit pewarna ungu
Sedikit pewarna biru langit
Sedikit jus beri biru
BAHAN UNTUK COULLIS
½ cawan buah beri biru
½ cawan gula perang
½ cawan air
Sedikit kulit lemon
1 batang kulit kayu manis
CARA MENYEDIAKAN:
- Campurkan tepung suji, air, santan dan gula ke dalam periuk dan kemudian panaskan sehingga bahan sebati.
- Seterusnya, kacau sehingga adunan suji pekat dan kemudian masukkan garam. Pastikan adunan betul- betul pekat dan kemudian tutup api dan bahagikan kepada empat bahagian.
- Salah satu bahagian adunan tadi di campurkan dengan jus beri biru dan yang lain lain boleh di campur pewarna mengikut citarasa anda.
- Kemudian, bahagian tadi di lapis satu demi satu sehingga habis adunan.
- Akhir sekali, masukkan ke dalam peti sejuk dan biar semalaman.
- Hidangkan dengan coulis blueberry.
Coulis Blueberry:
- Masukan gula, air dan buah beri biru dan panaskan sehingga gula cair.
- Kemudian masukkan kulit lemon dan kulit kayu manis.
- Masak sehingga coulis pekat dan kacau perlahan-lahan.