BAHAN-BAHAN:
1 cawan beras – bersihkan dan tapis
½ tin susu pekat manis
2 cawan susu penuh krim
½ cawan krim
Sedikit kulit lemon
Sedikit kacang pecan dan kacang macadamia yang sudah di goreng tanpa minyak
Sedikit serbuk kayu manis untuk hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan susu dan kemudian masukkan beras dan masak dengan api perlahan.
- Tambahkan susu pekat manis dan selalu kacau puding agar tidak hangus.
- Seterusnya, apabila puding sudah sedikit pekat, masukkan krim dan kulit lemon. Kacau sehingga puding masak.
- Seterusnya sejukkan didalam peti sejuk. Biarkan semalaman.
- Taburkan sedikit kulit kayu manis dan kacang sebelum menghidangkannya.