BAHAN-BAHAN:
200 gm nestum original
½ cawan gula kastor
½ tin susu pekat manis
5 biji telur
125 gm mentega
½ sudu besar esen vanilla
Pewarna ungu, biru, hijau, kuning dan merah
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan pengukus dengan air yang mencukupi. Pastikan air mendidih.
- Masukan mentega dan gula dan pukul hingga kembang.
- Kemudian masukan telur satu persatu dan pukul hingga semua bahan sebati.
- Selepas itu, masukan susu pekat dan kacau hingga rata.
- Masukan nestum dan kacau perlahan-lahan agar semua bahan menjadi sebati.
- Campurkan esen vanilla dan bahagikan adunan kepada lima bahagian.
- Masukkan pewarna berbeza kepada lima bahagian tadi dan kacau rata.
- Akhir sekali, masukan ke dalam bekas loyang dan lapiskan satu demi satu warna mengikut citarasa anda.
- Akhir sekali, kukus selama satu jam ke satu jam setengah.
- Apabila sudah masak, biarkan sejuk sebelum di potong untuk dihidang.
- Kek boleh dihidang dengan krim putar.