BAHAN-BAHAN:
½ cawan serbuk koko
1 ½ cawan gula castor
1 ½ cawan tepung
150 gm mentega
1 cawan jus oren
½ sudu kecil soda bikarbonat
2 biji telur gred A
Bahan untuk Krim Coklat Oren:
200 gm coklat gelap
½ cawan susu
1 sudu kecil esen oren
100 ml krim putar
Sedikit isi oren untuk hiasan
CARA MENYEDIAKAN:
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Pukul mentega dan gula sehingga kembang dan putih.
- Kemudian, masukkan telur satu persatu sehingga habis.
- Seterusnya masukkan tepung, serbuk koko, garam dan serbuk soda bikarbonat sedikit demi sedikit sambil terus pukul dengan kelajuan yang perlahan.
- Seterusnya, masukkan jus oren dan pukul agar adunan sebati.
- Masukkan adunan kedalam acuan yang sudah disapu dengan sedikit minyak dan bakar selama 45 minit sehingga masak.
Krim Coklat Oren:
- Panaskan susu sehingga mendidih dan masukkan ke dalam coklat yang sudah dipotong kecil. Kacau sehingga adunan coklat sebati dan sejukkan sebentar.
- Pukul krim putar sehingga kembang dan masukkan adunan coklat tadi. Biarkan sejuk dan keras sedikit sebelum dihiaskan di atas kek.
- Kek boleh dihias dengan buah oren diatasnya.